MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Aug 22, 2024

BANTU ANAK-ANAK TAHFIZ YATIM DAN ASNAF DENGAN INFAQ PERUBATAN

RM238 / 7.93 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

10 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

MARILAH BERINFAQ BAGI MEMBANTU KOS PERUBATAN PELAJAR TAHFIZ YATIM DAN ASNAF AGAR MEREKA DAPAT MENUNTUT ILMU AGAMA DALAM KEADAAN SIHAT SEJAHTERA.


Islam sangat menggalakkan usaha manusia dalam mencari penawar untuk penyakit-penyakit yang menimpa mereka. Kita hanya berusaha untuk berubat dan Allah SWT lah yang menyembuhkan penyakit.


“Sesungguhnya Allah ketika menciptakan penyakit diciptakan bersekali ubat maka berubatlah.”

(Riwayat Ahmad)



Kebelakangan ini, ramai pelajar kami diuji dengan masalah kesihatan yang memerlukan rawatan perubatan segera. Keadaan ini semakin mendesak kerana kekurangan bekalan ubatan. Pihak maahad menyeru muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah SWT untuk sama-sama menyumbang bagi membantu menanggung kos perubatan para pelajar tahfiz yatim dan asnaf di saat mereka diuji dengan masalah kesihatan. Allah SWT menjanjikan pahala yang besar bagi mereka yang membantu meringankan beban orang lain, terutamanya dalam hal kesihatan dan kesejahteraan.


"Barangsiapa melepaskan kesusahan seorang mukmin di dunia, maka Allah akan melepaskan kesusahannya di dunia dan di akhirat." (HR Muslim)



Dengan menyumbang untuk keperluan perubatan, anda membantu memastikan pelajar asnaf dan yatim dapat belajar dengan lebih baik dalam keadaan kesihatan yang terjaga. Setiap sumbangan yang diberikan akan digunakan dengan sebaiknya untuk memastikan keperluan perubatan mereka dipenuhi.



Marilah kita menambah saham akhirat kita dengan berinfaq bermula RM10 bagi keperluan ubat-ubatan anak-anak yatim dan asnaf ini agar mereka dapat menikmati kehidupan yang sihat dan sejahtera seperti anak-anak yang lain di luar sana.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 26, 2024

SITI KHAMISAH MD HASSAN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 26, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Aug 25, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM15.00

Aug 24, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 23, 2024

Kempen Sumbangan Tamat