MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Oct 16, 2023

SEDEKAH BERAS KEPADA ANAK TAHFIZ ASNAF DAN ANAK YATIM

RM245 / 8.17 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

10 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

BANTULAH ANAK-ANAK TAHFIZ ASNAF INI DENGAN MENGHULURKAN SUMBANGAN SEDEKAH IKHLAS BERAS. JADIKAN HARTA DUNIA SAHAM UNTUK AKHIRAT KELAK. AYUH KITA BANTU!


Pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah menyeru muslimin dan muslimat bagi menjayakan kempen sedekah beras kami ini untuk keperluan seharian anak-anak tahfiz yang sedang menuntut ilmu di maahad kami ini. Nasi adalah makanan asas yang utama bagi seorang manusia agar kekal bertenaga untuk menjalani kehidupan seharian sebagai pelajar tahfiz di sini.



Rasulullah SAW pernah bersabda, "Barangsiapa yang memberi makan kepada seorang mukmin hingga membuatnya kenyang dari rasa lapar, maka Allah akan memasukkannya ke dalam salah satu pintu surga yang tidak dimasuki oleh orang lain," (HR. Thabrani)



Maahad tahfiz kami mempunyai 70 orang pelajar sebahagian besar daripada mereka berasal dari golongan anak yatim dan keluarga asnaf yang kurang berkemampuan. Walau bagaimanapun, perkara itu tidak akan mematahkan semangat mereka untuk terus menuntut ilmu menghafal Al-Quran di sini kerana kami cuba memberikan segala keperluan buat mereka untuk selesa belajar di sini tanpa perlu memikirkan kekurangan mereka. Di dalam ajaran agama, Islam memerintahkan kaum muslimin untuk membantu mereka iaitu memberikan kasih sayang dengan ikhlas serta memberikan perlindungan kepada mereka, berikan mereka pendidikan agama, dan bimbingan moral. Mereka juga layak diberikan ilmu yang bermanfaat di dunia ini.



Akhir kata, sedekah jariah adalah pelaburan yang sangat besar untuk kita bawa di akhirat kelak. Allah menyifatkan orang yang memberi makan kepada fakir miskin sebagai mereka yang akan mewarisi Jannah dan termasuk dalam golongan sahabat kanan Nabi Muhammad SAW. Nabi SAW juga bersabda bahawa apa sahaja yang disedekahkan (zakat dan sedekah) atau diberikan kepada orang miskin adalah pahala yang kekal dan akan melindungi umat Islam dari api neraka pada hari kiamat kelak.



Pihak maahad mengucapkan jazakumullahu khairan jaza kepada muslimin dan muslimat yang sama-sama membantu atas jalan ketaqwaan kepada Allah SWT. Mulai RM10 daripada para dermawan sudah dapat mengukirkan senyuman kegembiraan kepada para pelajar di maahad kami dengan bantu mengenyangkan mereka yang menuntut ilmu fi sabillah.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Oct 20, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 19, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM30.00

Oct 19, 2023

MUHAMMAD AKRAM

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 18, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 17, 2023

Kempen Sumbangan Tamat