MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Jun 14, 2023

SUMBANGAN BIL UTILITI KEPADA MAAHAD TAHFIZ ASNAF

RM165 / 4.13 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM4,000

12 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

INFAKKAN HARTA KALIAN UNTUK BIL UTILITI BAGI MEMBANTU PENGAJIAN ANAK-ANAK TAHFIZ ASNAF DAN YATIM DI MAAHAD KAMI.


Pihak Maahad Tahfiz Al Quran Nurul Hidayah ingin memohon sumbangan infaq untuk membayar bil utiliti elektrik maahad tahfiz kami di sini. Maahad kami di sini seperti maahad tahfiz yang lain juga serba kekurangan dana untuk menampung bayaran bil elektrik bulanan dan masih memerlukan sumbangan infaq daripada orang ramai. Bantuan infak daripada orang ramai amat bermakna bagi membantu pengajian para pelajar di maahad dapat berjalan dengan lancar dan selesa. 



Keadaan cuaca yang panas di utara semenanjung menjadikan bil elektrik bulanan kian meningkat kerana penggunaan banyak kipas diperlukan di dalam kelas dan asrama para pelajar agar mereka tidak kepanasan dan kegelapan di malam hari. Sumber elektrik sangat penting sama ada di rumah, pejabat dan khususnya maahad kerana di maahad atau sekolahlah tempat untuk menuntut ilmu. Menuntut ilmu merupakan ibadah yang besar dan mulia yang pahalanya seperti berjihad di jalan Allah SWT. 



Di maahad tahfiz ini menempatkan 70 orang pelajar yang kebanyakan daripada golongan asnaf, miskin anak-anak yatim. Pihak maahad berharap kepada muslimin dan muslimat dapat membantu menghulurkan bantuan seikhlas hati bagi membantu meringankan pihak maahad untuk membayar bil elektrik maahad tahfiz kami di sini. Dengan sumbangan daripada para penyumbang ini, insyaAllah akan memberi manfaat kepada para pelajar kami di sini supaya dapat menuntut ilmu agama dan berdamping dengan Al-Quran. 




Pihak maahad mengucapkan jazakumullahu khairan jaza buat para penyumbang yang dermawan yang sudi memberi infaq untuk bil elektrik bagi keselesaan anak-anak tahfiz ini menuntut ilmu. Mudah-mudahan akan membangkitkan semangat dan keazaman mereka untuk memartabatkan agama allah di muka bumi ini dan semoga Allah sentiasa menerangi kehidupan para dermawan dengan rahmahNya asbab membantu anak-anak tahfiz yang sentiasa berdamping dengan Al-Quran.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 24, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Jun 23, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 22, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 21, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 20, 2023

Kempen Sumbangan Tamat