ILTIZAM RELIEF SOCIETY

Dimulakan pada Jan 13, 2023

RAYUAN DERMA YAMAN

RM1,950 / 19.50 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

53 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Bersama-sama membantu menghulurkan sedekah atau infak menurut kemampuan anda untuk memastikan saudara kita di Yaman tidak kelaparan.


Jom bantu kami, hulurkan sedikit bantuan makanan. Bantuan makanan berbentuk pek roti segar. Roti segar yang di panggang sendiri oleh kilang roti atau Bakeri lltizam yang akan diberikan kepada penduduk Yaman yang kelaparan. Firman Allah SWT:


“Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan” (Al-Maidah, Ayat 2)




Konflik peperangan antara puak pemberontakan Huthi bersama mantan presiden dan Tentera Pakatan Arab (Arab Coalition) sejak tahun 2015 tidak menemui penghujung jalannya walaupun ada upaya diplomatik untuk menghentikan peperangan. Namun akan kerana keangkuhan masing-masing, kedua-dua pihak memilih untuk meneruskan siri peperangan sehingga menyebabkan ekonomi Yaman berada dalam kehancuran.



Hakikatnya, ini juga memberi impak secara tak langsung seperti penurunan jumlah barangan eksport dan kesan kepada barangan keperluan yang diimport disekat di semua akses laluan masuk seperti laluan darat, udara dan laut menjadikan kesemua harga barangan tersebut meningkat lebih drastik iaitu sebanyak 50 peratus. Antara kesan lain seperti nilai mata wang Yaman turut jatuh dengan mendadak sebanyak 200 peratus. Hal ini menjadikan jutaan penduduk Yaman terus berada dalam kemiskinan yang melampau.



Agensi PBB telah mengeluarkan amaran bahawa 17.4 juta orang penduduk mendepani krisis kelaparan berterusan pada tahap bahaya dan mereka kini sangat bergantungan sepenuhnya kepada bantuan kemanusiaan. Meskipun terdapat NGO tempatan yang membantu tapi hakikatnya itu masih belum mencukupi untuk menangani krisis kebuluran yang sedang berlaku ini. Selain itu, tiada tanda-tanda konflik yang membuatkan jutaan orang berdepan kebuluran itu akan berakhir.



Yaman kini berdepan dengan krisis kelaparan yang tak pernah berlaku di sepanjang zaman.


UN melabelkan krisis di Yaman ini merupakan krisis kemanusiaan yang paling dahsyat dan teruk yang dicatatkan di dunia pada abad ini. Iltizam Relief sangat berkomited dan sehingga sekarang masih konsisten membantu rakyat Yaman di saat mereka dalam kesusahan sejak awal perang berlaku. InsyaAllah, antara bantuan yang akan diberikan ialah roti. Ia diakui juga bahawa roti yang dihadiahkan atau disedekahkan ini bukanlah dapat mengenyangkan mereka selama-lamanya tapi ia hanyalah sekadar dapat mengurangkan risiko kelaparan dan bebanan yang ditanggung oleh mereka selama ini.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

KHAIRUL HAZWAN BIN KHAIRUDIN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 15, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 15, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 03, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 28, 2023

HABSAH BINTI ABDUL MAJID

Menyumbang sebanyak RM50.00

Feb 26, 2023

Kempen Sumbangan Tamat