MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Jul 31, 2024

DANA PENDIDIKAN UNTUK ANAK-ANAK TAHFIZ YATIM

RM160 / 5.33 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

10 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kempen kutipan ini bertujuan bagi mengumpul dana bagi Pendidikan Al-Quran dan Fardhu Ain anak-anak yatim tahfiz dan asnaf. Jom sama-sama bantu!


Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah SWT, menjelang fasa terakhir bulan Muharam yang mulia dan penuh keberkatan ini, marilah bersama-sama kita hadirkan kegembiraan kepada anak-anak yatim dan asnaf di Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah dengan berinfaq dana pendidikan Al-Quran dan fardhu ain.



Pelajar-pelajar di sini adalah kebanyakan terdiri daripada anak-anak yatim, golongan asnaf dan mereka yang datang dari keluarga yang pelbagai latar belakang. Jumlah terkini pelajar adalah seramai 52 orang pelajar manakala bilangan tenaga pengajar adalah sebanyak 10 orang.


Di maahad ini, kami menerapkan mereka dengan pembelajaran dan penghayatan ilmu Al-Quran dan ilmu fardhu ain, di samping penerapan nilai-nilai murni dan akhlak yang mulia demi melahirkan pelajar yang berdisiplin yang menjaga perintah Allah SWT dan menghidupkan sunnah nabi ﷺ dalam kehidupan.



Pihak maahad tidak mempunyai pendapatan atau sumber kewangan yang tetap setiap bulan. Sumber pendapatan yang ada hanyalah diperoleh daripada sumbangan yang ikhlas daripada orang ramai yang mengenali maahad ini. Alhamdulillah dengan izin dan kurniaan-Nya serta berkat pengorbanan saudara-saudari Islam seluruhnya, maahad ini masih mampu bergerak dan dapat berkembang walaupun dalam keadaan serba kekurangan.


Sejak kebelakangan ini pihak maahad terpaksa menampung kos pengoperasian yang tinggi dalam menyediakan infrasruktur dan kemudahan di kawasan maahad lelaki seperti membeli tanah, baik pulih van dan lain-lain lagi. Selain itu, kekurangan dana untuk menampung gaji bagi tenaga pengajar merupakan cabaran bagi kami untuk berusaha demi kelangsungan pendidikan anak-anak tahfiz ini.



Dengan sumbangan dan infaq yang ikhlas daripada anda, kami dapat menyediakan keperluan pengajian, pakaian dan keperluan peribadi yang mencukupi untuk mereka. Bantuan anda akan menjadi penyokong utama dalam memastikan anak-anak ini dapat terus menimba ilmu tanpa halangan kewangan.


Oleh itu, kami dengan rendah hati memohon jasa baik anda untuk berinfaq bermula RM10 bagi pengajian Al-Quran dan fardhu ain anak yatim tahfiz dan asnaf ini dan mudah-mudahan ia menjadi saham akhirat bagi saudara-saudari sekalian kelak dan asbab mendapat keredaanNya. Semoga Allah SWT memberi kesihatan, kesejahteraan dan menjadikan kita termasuk dalam kalangan orang yang dibangkitkan bersama kekasih-Nya Nabi ﷺ .


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 16, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Aug 06, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Aug 04, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM15.00

Aug 04, 2024

NORZIMA BINTI KAMSAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 04, 2024

Kempen Sumbangan Tamat