MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Sep 11, 2023

DANA PERUBATAN PELAJAR MAAHAD TAHFIZ MISKIN

RM455 / 15.17 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

25 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

GANDAKAN BEKALAN AKHIRAT DENGAN MENGINFAQKAN REZEKI BERSAMA ANAK-ANAK PELAJAR TAHFIZ ASNAF DAN ANAK YATIM BAGI KOS PERUBATAN. AYUH KITA MEMBANTU!


Pihak Maahad Tahfiz Nurul Hidayah menggalu-alukan sumbangan dari pihak muslimin muslimat bagi meringankan kos untuk perubatan pelajar maahad yang tidak berkemampuan dari segi kewangan kerana kebanyakan pelajar datang dari keluarga asnaf dan anak yatim. Sumbangan yang diberikan akan digunakan untuk membiaya kos perubatan pelajar yang mengalami kesakitan ketika belajar di maahad tahfiz.



Terlalu banyak hadis Nabi yang menggalakkan untuk mengambil ubat sebagai satu usaha mencegah penyakit. Dalam sebuat riwayat hadis, Nabi SAW bersabda :


‌تَدَاوَوْا عِبَادَ اللَّهِ، فَإِنَّ اللَّهَ سُبْحَانَهُ لَمْ يَضَعْ دَاءً إِلَّا وَضَعَ مَعَهُ شِفَاءً، إِلَّا الْهَرَمَ


Maksudnya: “Wahai hamba Allah, berubatlah. Sesungguhnya Allah tidak meletakkan satu penyakit melainkan Dia juga akan meletakkan ubat bagi penyakit tersebut melainkan penyakit tua.”(Ibn Majah)



Oleh itu, pihak maahad berharap muslimin dan muslimat yang dikasihi dan dirahmati Allah SWT dapat bersama-sama dalam membantu dengan berinfaq bermula dengan RM10 untuk kebajikan untuk membantu pelajar tahfiz ini dapat belajar dengan selesa tanpa kesakitan demi memartabatkan kalimah Allah SWT yang suci di muka bumi ini.



Pihak maahad merayu usaha anda untuk menginfaq harta kepada pelajar hafiz anak yatim di maahad kami ini. Semoga Allah yang akan membalas segala sumbangan yang telah diberikan, semoga semua penyumbang diberikan kesihatan yang baik berpanjangan untuk melakukan kebaikan dan mendapat rahmat Allah SWT dan redhanya.


Jom #BuatBaik!


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Sep 16, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 15, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 15, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 12, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 12, 2023

Kempen Sumbangan Tamat