MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Aug 12, 2024

INFAQ PEMBELIAN VAN BARU UNTUK KEMUDAHAN PELAJAR TAHFIZ

RM235 / 0.21 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM110,000

12 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Infaq pembelian van baru adalah bagi memudahkan pergerakan para pelajar untuk menunaikan solat Jumaat, jemputan kenduri, memenuhi jemputan doa selamat dan lain-lain lagi. Jom bantu!


Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah merupakan institusi pengajian tahfiz yang sudah 15 tahun beroperasi. Pelajar di maahad ini terdiri daripada 52 orang pelajar yang majoritinya daripada kalangan anak-anak yatim dan asnaf serta golongan yang kurang berkemampuan. Pihak maahad berusaha menyediakan pendidikan dan kemudahan yang terbaik agar anak-anak tahfiz ini dapat belajar dalam kondisi yang baik dan selesa serta dapat belajar berkhidmat dalam masyarakat.



Walau bagaimanapun, pihak maahad mengalami kekurangan dana bagi membeli van baru untuk kegunaan para pelajar maahad kami. Pihak maahad menggunakan van untuk membawa para pelajar ke masjid untuk solat Jumaat, jemputan solat jenazah, majlis kenduri, jemputan majlis kesyukuran, lawatan ilmiah dan lain-lain.


Ketika ini van yang digunakan oleh pihak maahad ialah 3 buah van. Van ini semuanya sudah lama dan uzur serta sering berlaku kerosakan. Oleh hal yang demikian, pihak maahad kadang kala terpaksa memperuntukkan kos yang tinggi dalam membaik pulih kerosakan van-van tersebut. Selain van digunakan untuk tujuan pengangkutan, van yang uzur ini turut digunakan bagi memuatkan barangan keperluan asas seperti beras, ikan, ayam, sayur-sayuran dan sebagainya yang telah dibelikan di pasar.


Oleh itu, pihak kami berhasrat untuk membuka kempen infaq pembelian van baru demi kemudahan dan keselesaan buat anak-anak tahfiz, yatim dan asnaf ini. Sumbangan yang dihulurkan bukan sahaja membantu meringankan beban pihak maahad dalam menghadirkan sebuah van yang baru bahkan menjadi saham akhirat yang mana akan memperolehi pahala yang mengalir selagimana ia dimanfaatkan lebih-lebih lagi untuk anak-anak tahfiz, yatim dan asnaf ini.


Sebanyak mana atau sekecil manapun yang kita infaqkan tidak akan disia-siakan oleh Allah SWT dan pasti Allah SWT akan mendapat balasan ganjaran pahala yang mulia di sisi Allah SWT.


فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًۭا يَرَهُ


"Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!"

(Surah Al-Zalzalah: Ayat 7)



Bermula RM10, marilah kita menyumbang infaq ini bagi membantu kami mengumpul dana bagi pembelian van baru dianggarkan bernilai, RM117,000. Didoakan semoga semua penyumbang dimurahkan rezeki, diberi keberkatan hidup, dipanjangkan umur dan dipermudahkan segala urusan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 13, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 12, 2024

Kempen Sumbangan Tamat