MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Mar 06, 2023

INFAQ PEMBINAAN TANGKI AIR BERSIH KEPADA PELAJAR TAHFIZ ASNAF DAN ANAK YATIM

RM2,662 / 26.62 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

114 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

PIHAK MAAHAD MERAYU KEPADA ANDA SEMUA UNTUK SUMBANGAN BEKALAN TANGKI AIR BERSIH KEPADA PELAJAR TAHFIZ. SEMOGA BANTUAN ANDA DIBERI GANJARAN TERBAIK DARI ALLAH SWT.


Assalamualaikum wbt. AJK Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah Air Hitam Kedah ingin memohon sumbangan dana untuk membeli beberapa buah tangki untuk maahad kami disini kerana pihak maahad disini selalu terjejas dengan masalah bekalan air dan ganguan bekalan air tekanan rendah setempat yang tidak mencukupi. Justeru, pihak maahad berharap pihak muslimin dan muslimat sama-sama membantu pihak maahad kami disini menyediakan beberapa tangki simpanan air dan pam air untuk kegunaan anak-anak tahfiz disini untuk bersuci, mengambil wudhuk, qhada hajat dan sebagainya.



Air memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian kita. Bermula dengan penyediaan makanan hingga penanaman dan juga aktiviti seharian kita. Oleh itu, tangki air amat penting untuk memastikan bekalan air bersih sentiasa cukup. Ketiadaan tangki air ini menjadi masalah kepada para pelajar dan guru-guru untuk melakukan aktiviti mereka. Tangki air merupakan fasiliti paling penting di maahad tahfiz bagi memudahkan keperluan air bersih kepada para pelajar. Hal ini kerana, pembelajaran seharian para pelajar adalah untuk belajar menghafaz Al-Quran dan mereka memerlukan air yang bersih untuk mengambil wudhuk.



Sehubungan itu, pihak maahad menyeru sekalian muslimin muslimat saling bantu-membantu atas jalan ketaqwaan kepada Allah SWT. Semoga setiap titisan air menjadi pahala bagi para penyumbang selama mana ia digunakan. Dengan keyakinan bahawa kebersihan adalah sebahagian daripada iman, kami berhasrat untuk memperbaiki semua kemudahan di maahad ini.




Akhir kata, pihak maahad mengucapkan jazakumullah khairan jaza kepada para penyumbang yang telah menginfaq untuk keperluan air bersih, wudhu, mandi dan minum para pelajar. Semoga ianya menjadi amal jariyah, pahala kebaikan diakhirat kelak akan terus mengalir.

“Apabila manusia meninggal dunia, maka terputuslah semua amalnya kecuali tiga (macam), iaitu: sedekah jariyah (yang mengalir terus), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya” (HR Muslim)

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

NADIATUL ERYANI MURNIE BT ISHAK

Menyumbang sebanyak RM50.00

Mar 10, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 10, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Mar 10, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Mar 10, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 09, 2023

Kempen Sumbangan Tamat