MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Apr 10, 2023

INFAQ RAMADHAN PENAPIS AIR KEPADA PELAJAR TAHFIZ ASNAF DAN ANAK YATIM

RM2,525 / 50.50 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

142 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

BANTU PARA PENGHAFAZ AL-QURAN INI DENGAN INFAQ PENAPIS AIR BERSIH. REBUT SAHAM AKHIRAT YANG TIDAK TERPUTUS DENGAN HILANGKAN DAHAGA ANAK-ANAK TAHFIZ.


Pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah Ayer Hitam Kedah ingin memohon kepada muslimin dan muslimat untuk membantu pihak maahad menyediakan sebuah penapis air untuk kegunaan anak tahfiz. Kami di sini ingin menyediakan bekalan air minuman bersih yang mencukupi untuk penuntut. Sehubungan dengan itu, pihak maahad membuka peluang infaq bagi merealisasikan hajat dan hasrat pihak maahad menyediakan sebuah penapis air untuk minuman para pelajar dan dan untuk kegunaan aktiviti masakan harian maahad tahfiz.



Tujuan infaq bekalan air minuman ini adalah untuk memudahkan urusan pelajar di sini mendapat air minuman yang mencukupi dan memudahkan urusan jihad mereka berjuang di jalan Allah SWT dengan menghafal Al-Quran dan menyimpan kalam wahyu di dalam dada mereka. Oleh itu, pihak maahad berharap muslimin dan muslimat dapat membantu mereka atas semangat taawun, saling membantu atas jalan ketaqwaan keimanan kepada Allah SWT.



Air sangat penting bagi makhluk Allah SWT, namun, ada saja keterbatasan dalam mengakses air. Marilah kita bersungguh-sungguh melaksanakan amalan sedekah di fasa ketiga Ramadan yang tiba dengan menghilangkan dahaga para penuntut ilmu fisabillah.



Pihak maahad mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan infaq daripada anda yang telah berinfaq membantu pihak maahad melahirkan pembela-pembela agama Allah SWT yang sedang berjihad menghafal Al-Quran dan menyimpan Al-Quran di dalam dada mereka. Semoga dengan infaq kalian membantu membakar semangat mereka berjihad di jalan Allah menjadi pembela agama Allah.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 13, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 13, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 13, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 13, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Apr 12, 2023

Kempen Sumbangan Tamat