MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Apr 17, 2023

INFAQ REHAL UNTUK PELAJAR TAHFIZ

RM635 / 12.70 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

39 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

MARI KITA SAMA-SAMA MEMULIAKAN PENHUJUNG RAMADAN INI DENGAN PERBANYAKKAN SEDEKAH UNTUK BANTU MENYEDIAKAN REHAL TERBAIK BUAT PENGHAFAZ AL-QURAN. SEMOGA BANTUAN ANDA DIBERI GANJARAN TERBAIK DARI ALLAH.


Pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah, Ayer Hitam, Kedah ingin memohon sumbangan dana untuk membeli rehal kepada penuntut maahad. Sumbangan ini bertujuan memberi pelajar kemudahan untuk meletakkan Al-Quran pada tempat yang tinggi dan selayaknya dan lebih menjaga adab. Ini juga untuk menukar rehal lama yang sudah dimamah usia dan tidak sesuai lagi digunakan kerana banyak uzur faktor usia.



Sehubungan itu, pihak maahad berharap muslimin dan muslimat dapat membantu pihak maahad merealisasikan hajat dan impian pihak maahad untuk membeli rehal berikut. Hal ini supaya para pelajar dapat belajar dengan selesa dan lebih menjaga adab dengan Al-Quran yang mulia dan lebih bersemangat lagi mendalami Ilmu Al-Quran serta dapat memartabatkan kalimah Allah SWT yang suci di muka bumi ini.




Rebutlah kesempatan emas beramal jariyah dalam rangka membantu memudahkan urusan pengajian para pelajar tahfiz di sini. Sumbangan infaq ini diperlukan untuk pembelian rehal Al-Quran bagi 70 orang para pelajar tahfiz, asnaf dan juga anak-anak yatim untuk menghafal Al-Quran. Insya-Allah seberapa pun infaq yang muslimin dan muslimat berikan akan sangat bermanfaat dalam usaha melahirkan generasi Al-Quran di sini.




Pihak maahad berharap pihak muslimin dan muslimat saling membantu atas jalan ketakwaan membantu untuk infaq rehal Al-Quran kepada para pelajar tahfiz di sini. Insya-Allah ini menjadi kesempatan terbaik untuk beramal jariyah bagi kalian semua. Semoga Allah berikan banyak pahala dari harta yang disedekahkan, dan beroleh keberkatan dunia akhirat untuk keluarga dan orang tersayang. 


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Apr 17, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 17, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 17, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Apr 17, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM30.00

Apr 17, 2023

Kempen Sumbangan Tamat