MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Sep 22, 2023

TABUNG INFAQ PENDAWAIAN MAAHAD TAHFIZ

RM365 / 3.65 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

21 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

BANTU INFAQ BAGI KOS PENDAWAIAN ELEKTRIK BILIK PENGAJIAN TAHFIZ. MOGA SUMBANGAN ANDA MENJADI PEMBERAT KEPADA TIMBANGAN AMAL DI AKHIRAT NANTI.


"Apabila seorang anak Adam meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariyah (sedekah yang terus mengalir), ilmu yang dimanfaatkan, atau doa anak yang soleh untuknya." (HR. Muslim)


Pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah ingin merayu kepada semua muslimin dan muslimat yang berjiwa besar untuk turut serta dalam usaha membantu infaq pendawaian bilik pengajian maahad kami di sini. Kami menghadapi cabaran dalam pembayaran dan kos pembiayaan pendawaian elektrik bilik pengajian yang masih belum mencukupi.



Sehubungan itu, bagi menyuburkan amalan sedekah di Jumaat pertama bulan Rabiulawal kami menyeru semua muslimin dan muslimat yang mampu untuk menyertai usaha ini dengan memberikan sumbangan bagi menyokong pemasangan pendawaian elektrik bilik pengajian pelajar tahfiz. Kos anggaran sebanyak RM10,000 termasuk upah pekerja ini akan membantu dalam menyediakan kemudahan fasiliti yang lebih baik untuk anak-anak tahfiz di maahad.



Setiap sumbangan, sama ada besar atau kecil amat dihargai dan akan menjadi sebahagian daripada usaha bersama dalam menyokong pendidikan agama. Sumbangan para dermawan akan membantu memastikan bahawa elektrik di bilik pengajian ini berfungsi dengan baik dan pelajar kami dapat terus fokus pada pendidikan mereka.




Amalan sedekah adalah salah satu amalan yang paling dicintai oleh Allah SWT dan memberi peluang kita untuk mendapatkan pahala yang berkekalan. Semoga Allah SWT memberkati usaha baik ini dan menerima setiap sumbangan dengan keridhaan-Nya. Jazakumullahu khairan jaza.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 25, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 25, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 25, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 25, 2023

AZLAN BIN ABDUL AZIZ

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 25, 2023

Kempen Sumbangan Tamat