PERTUBUHAN KECEMERLANGAN PENDIDIKAN UMMAH

Aktif sejak Feb 09, 2022

Tentang Penganjur

Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU) merupakan pertubuhan bukan kerajaan yang bertujuan membangunkan projek-projek pendidikan yang unik dan berkualiti menepati keperluan ummah. PACU dalam usaha mewujudkan rangkaian institusi dan projek-projek pendidikan di seluruh Malaysia untuk setiap peringkat usia dari kecil sehingga usia warga emas. Terdapat empat inisiatif pendidikan yang bernaung di bawah PACU iaitu Pusat Jagaan Dan Pendidikan Warga Emas Darul insyirah (DI), Raudhatul Huffaz (RH), Anjung Insyirah (AI) dan Projek Tuisyen Ummah (PROTU).


Objektif Penubuhan

- Membangunkan program-program yang bermatlamatkan pendidikan dan dekat dengan masyarakat.

- Memartabatkan modul pendidikan berlandaskan tarbiyah Islamiah.

- Menyediakan pelbagai jenis pendidikan untuk setiap peringakat usia.

- Melahirkan generasi pelapis yang boleh menjadi Muslim Hebat.


Visi

Mewujudkan rangkaian institusi dan projek- projek Pendidikan di seluruh Malaysia untuk setiap peringkat usia (dari dalam buaian hingga ke liang lahad).


Misi

Membangunkan projek- projek Pendidikan yang unik dan berkualiti serta menepati keperluan Ummah.





No 72 Jalan Melati Bangi Golf Resort, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor , 43650, BANGI, Selangor, Malaysia
pacuummah2015@gmail.com
60138962965
60389209661

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Allahummafighlana zunubana waliwa lidaina warhamhumakama rabbayana soghira. Ya Allah ampunilah dosa kami dan dosa kedua ibubapa kami dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi kami sejak kecil.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah kayakanlah aku dengan rezeki yang berkat lagi melimpah ruah agar aku dapat membantu lebih ramai orang yang memerlukan

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

SITI KHAMISAH MD HASSAN

2 tahun yang lepas

Ya Allah permudahkn urusan mereka. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim alirkn pahala ini kearas kedua ibubapaku,suamiku,anak2ku,adik beradikku,keturunanku,sahabat2ku,guru2ku,muslimin muslimat,mukminin mukminat. Ya Allah Ya Fatah Ya Razzaq kurniakn aku kesihatan yg baik,kurniakn aku rezeki seluas langitMu,rezeki yg blh membantu aku berdakwah kejalanMu dunia akhirat.amin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Doakan kami dipermudahkan mendapat rezeki anak.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah aku sedekahkan sejumlah ini kerana untuk digunakan demi mencari redaMu. Semoga sedikit sumbangan ini dapat menghapuskan semua dosa2 ku, dosa ibu bapaku, dosa2 anakku, dosa adik beradik ku dan membuka segala pintu rezeki yang x pernah diduga.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah aku sedekahkan sejumlah ini kerana untuk digunakan demi mencari redaMu. Semoga sedikit sumbangan ini dapat menghapuskan semua dosa2 ku, dosa ibu bapaku, dosa2 anakku, dosa adik beradik ku dan membuka segala pintu rezeki yang x pernah diduga.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: