Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
Pertubuhan Komuniti Ihsan Negeri Johor
Dimulakan pada Jun 27, 2022
RM1,332 / 22.20 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM6,000
74 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamulaikum. Kesedaran pendidikan Islam kepada anak-anak semakin tinggi di kalangan ibu bapa. Mereka sanggup untuk menghantar anak-anak untuk belajar di madrasah atau pusat tahfiz demi untuk melihat anak-anak menjadi insan yang berilmu serta mempunyai keimanan yang tinggi di kala zaman yang semakin mencabar.
Cabaran bagi madrasah dan pusat tahfiz ini adalah menyediakan prasarana serta silabus pendidikan yang terbaik. Ini termasuklah menyediakan makanan yang berkualiti serta seimbang bagi anak-anak ini meneruskan perjuangan menuntut ilmu.
Sedekah sebagai satu ibadah yang membuktikan pengorbanan seorang manusia kepada Allah S.W.T. Sedekah seumpama air yang mengalir dan pahala yang berombak yang menelusuri setiap nadi anak-anak ini. Doa anak-anak ini sentiasa mengiringi kehidupan penderma yang budiman.
Bantuan dan sumbangan makanan ini akan diedarkan ke beberapa madrasah dan pusat tahfiz yang memerlukan sebagai satu bentuk jihad fi sabilillah kerana menuntut ilmu itu juga adalah satu jihad. Mereka yang menolong orang yang berjihad itu juga mendapat pahala atas kebaikannya. Doa dan pahala akan sentiasa mengalir bagi orang-orang yang sedang berjihad. Insya Allah.
Hadis daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.A.W bersabda : Yang Bermaksud : "Tidak akan berkurang sedekah harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya." Hadis Riwayat Muslim
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 29, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 29, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 29, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 29, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 29, 2022