YAYASAN AL HUDA MUSI RAWAS

Dimulakan pada Oct 06, 2022

PROGRAM KHATAN SIHAT DAN MAKANAN BERKHASIAT FASA 1

RM185 / 0.53 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM35,000

14 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Bismillahirrohmanirrohim, jom hadiahkan pengalaman berkhatan terbaik untuk pelajar Tahfiz Quran dan kanak-kanak lain yang kurang bernasib baik dengan menyumbang kepada mereka.


Program berkhatan kepada pelajar Yatim Tahfiz Quran ini merupakan salah satu langkah untuk mempersiapkan generasi Islam pelapis yang mempunyai sifat prihatin terhadap orang lain serta pandai bersyukur dan berterima kasih atas kebaikan orang lain terhadap diri sendiri. Program ini merupakan perdana dan insya Allah akan terus berlanjut serta menjangkau masyarakat luas tidak terhad kepada pelajar Tahfiz Qur'an tetapi juga untuk mereka yang miskin dari segi ekonomi.



Semoga program berkhatan ini menjadi langkah awal untuk mengatasi gejala sosial dan semoga Allah Ta'ala memberkati usaha baik ini. Menurut hadis sahih, daripada Abu Hurairah. ra berkata: "Lima dari fitrah itu ialah berkhatan, istihdad (mencukur bulu kemaluan), mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan mencukur misai."



Insya-Allah dalam fasa 1, diharapkan sekitar 100 kanak-kanak terdiri daripada anak yatim, penuntut hafazan Al-Quran dan kanak-kanak lain yang kurang bernasib baik akan dikhatankan secara berkala. Mereka akan berkhatan menggunakan kemudahan terbaik, alat terbaik dan doktor/jururawat yang terbaik. Selain itu, mereka juga akan mendapat hadiah berupa Al-Quran, alatan solat, bungkusan makanan dan sebagainya.


Jom bantu anak-anak generasi Islam menjadi muslimah sejati dengan menyertai program Berkhatan Beramai-ramai 100 Anak Soleh. Sisihkan sebahagian harta kita untuk mereka, niatkan mengharapkan keredhaan dan pahala dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala.




Sebagaimana sabda Nabi Muhammad ﷺ dalam Hadis riwayat Muslim “Apabila mati seseorang maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara (iaitu): sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan, atau doa anak yang soleh”.


Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala membalas Tuan/Puan dengan segala kebaikan yang melimpah ruah. Amin.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

PUZAINI BINTI MOHD YUNUS

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 07, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 07, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 07, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 06, 2022

Kempen Sumbangan Tamat