ILTIZAM RELIEF SOCIETY

Dimulakan pada Dec 07, 2022

RAYUAN INFAQ BANTU ASNAF BERDIKARI

RM675 / 22.50 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

40 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kempen ini bertujuan membantu asnaf terus bertahan dan berdikari mencari sumber pendapatan melalui ternakan kambing secara komersial di belakang rumah beliau. Jom bantu mereka yang rajin berusaha.


‘Projek Joran’ ialah satu usaha Iltizam Relief Society membantu mereka yang ingin berdikari membina sumber pendapatan melalui skil dalam bidang yang mereka mampu buat. Seperti kata sebuah pepatah Cina, ‘Jika anda beri ikan kepada seseorang, dia akan makan untuk sehari. Jika anda ajar seseorang untuk memancing ikan, dia akan makan ikan sepanjang hidupnya”.


Iltizam membantu ramai yang memerlukan dengan bantuan makanan, namun ini hanyalah bantuan jangka pendek. Sampai bilakah mereka bergantung harap dengan bantuan bulanan?



Melalui ‘Projek Joran’, Iltizam membantu mereka yang ingin berdikari dan berusaha membina sumber pendapatan sendiri secara kecil-kecilan. Ini khususnya bagi mereka yang benar-benar berminat, rajin dan mampu berdikari.


Encik Ishak ini adalah seorang dari 11 orang yang pernah kami bantu mengusahakan ternakan kambing melalui ‘Projek Joran’ ini. Beliau adalah satu-satunya yang mampu bertahan dan berjaya termasuk ketika PKP. Dahulu Encik Ishak bermula dengan 3-4 ekor kambing yang berkeliaran keliling rumah dia. Kini beliau sudah memiliki 17 ekor kambing. Beliau juga telah berjaya menjual 5 ekor kambing.


Kejayaan perniagaan beliau ini menyebabkan beliau memerlukan kandang yang lebih besar. Kandang yang ada sekarang tidak mampu menampung lebih banyak kambing. Gambar di atas adalah kandang kedua dibina Iltizam pada tahun 2020 kerana kandang asal sudah pun tidak selamat untuk kambing.



Keadaan kandang ketika lawatan kami pada 4/12/2022, sudah sesak dan sempit untuk 17 ekor kambing. Oleh itu, kami ingin membantu beliau untuk membina sebuah lagi kandang yang lebih besar. Jom kita sama-sama bantu beliau sebagai tanda kita sokong orang yang rajin berusaha mengubah nasib mereka sendiri. Ayuh!




Tapak Cadangan Kandang Baru



ورجلٌ تصدَّق بصدقةٍ فأخفاها حتى لا تعلمَ شمالُه ما تنفقُ يمينُه


Yang bermaksud: “Seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya, ia menyembunyikan amalnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.”

(Riwayat Al-Bukhari)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jan 02, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Dec 15, 2022

NURUL

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 15, 2022

ELYNA

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 13, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 12, 2022

Kempen Sumbangan Tamat