RAYUAN INFAQ TANGKI AIR DAN AIR BERSIH

Dimulakan pada:
07 Apr, 2026
RAYUAN INFAQ TANGKI AIR DAN AIR BERSIH
8.40%
RM2,780
/RM33,100
102
penyumbang
67
baki hari

Tentang Kempen

Infaq tangki air dan air bersih untuk penduduk Aceh Tamiang yang masih bergelut tiada air bersih kerana sumur dan sungai masih berlumpur. Setitis air seribu harapan dan raih pahala sedekah jariah.

Pada November 2025 yang lalu, 18 dari 23 daerah di Aceh ditimpa bencana banjir besar. Antara daerah (kabupaten) yang paling teruk banjir adalah Aceh Tamiang.

Kini setelah 4 bulan, mangsa banjir di Aceh Tamiang masih ramai tinggal di khemah sementara dan yang telah balik ke rumah sendiri bergelut dengan lumpur kering dalam rumah.

Dahulu mereka bergantung kepada telaga air (sumur) untuk bekalan air bersih, kini sumur-sumur mereka juga dipenuhi lumpur dan sungai berdekatan air keruh berlumpur, air paip tiada. Maka terputuslah bekalan air bersih mereka.

Hasil tinjauan kami pada 4 April 2026, walaupun sudah 4 bulan ramai lagi masih tiada rumah, tiada pakaian yang cukup, tiada bekalan air bersih dan tiada makanan yang cukup. 

Kita tidak mampu bantu semua, tapi kita masih boleh membantu apa yang terdaya. Antaranya adalah bekalan air bersih dan tangki air.

Sebelum ini, PERKIM BTP telah menyampaikan 20 lori tangki air (180,000 liter) dan 30 tong drum air. Namun hasil tinjaun kami sendiri pada 4 April 2026, mereka di sini juga memerlukan banyak tangki air untuk menyimpan dan memudahkan salur air dari tangki lori.

Keadaan di sini masih sangat berdebu dan berhabuk. Mana-mana bekas air jika tiada penutup yang betul boleh menyebabkan air bersih menjadi kotor dimasuki debu. Maka, yang paling sesuai untuk menyimpan 1,000 hingga 3,000 liter air bersih boleh diminum terus adalah polytank (warna jingga).

Oleh itu, PERKIM BTP bercadang untuk menyumbang polytank ini untuk desa-desa yang kami bantu secara berterusan. Kami bercadang membekalkan polytank 1,000 liter sesuai untuk 200 orang minum untuk 5 hari hingga seminggu.

Polytank ini juga akan memudahkan lori kami menyalurkan air bersih, iaitu satu lori untuk 9 polytank kerana setiap tangki lori membawa 9,000 liter air bersih yang boleh diminum terus.

Ayuh, bantulah kami untuk meneruskan bantuan air bersih di Aceh Tamiang.

Sedekah air merupakan sebaik-baik infaq.

Hulurkan infaq seikhlas hati untuk saudara seagama dan serumpun kita di Aceh.

Jom #BuatBaik!

Laporan Kempen

10 Apr 2026

Beginilah nasib menimpa sebahagian besar mangsa banjir Aceh, walaupun sudah lebih 4 bulan mereka masih menghuni dalam khemah seperti pelarian.

Rumah mereka telah hanyut dibawa banjir, air paip tiada, air sungai keruh.

Mereka bergantung sepenuhnya bantuan air bersih dari NGO-NGO, khususnya dari Malaysia yang terus bertali-urus membantu.

Ini semua kita mampu lakukan kerana adanya penderma seperti anda yang prihatin ke atas saudara seagama kita yang juga serumpun.

Ayuh, ambil berkat hari Jumaat kita bantu Aceh dengan tangki air dan sumbangan air bersih.

09 Apr 2026

https://vt.tiktok.com/ZSHD2yJBp/

Jemput tonton video Tiktok di mana kami menyampaikan sumbangan air bersih sebanyak 3 lori dan 30 tong drum air.

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Apr 22, 2026
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 21, 2026
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Apr 20, 2026
NOR HAFIZA BT HUSAIN
Menyumbang sebanyak RM50.00
Apr 20, 2026
AUBID BIN ABDUL RAHMAN
Menyumbang sebanyak RM25.00
Apr 19, 2026

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Lain-lain

Kempen yang mungkin anda berminat

PROGRAM BERKHATAN PERCUMA UNTUK PELAJAR TAHFIDZ MISKIN DAN ASNAF
DANA KECEMASAN BUAT USTAZ FADHIL NOOR
BANTUAN PAKEJ PENJAGAAN KEBERSIHAN DIRI KEPADA PELAJAR TERPENCIL
INFAQ KOS PERUBATAN UNTUK SAUDARA WAN HARUL