Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Jun 19, 2023
RM600 / 0.40 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM150,000
37 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Pihak Maahad Tahfiz Al Quran Nurul Hidayah, Ayer Hitam Kedah merayu sumbangan ikhlas daripada anda sebuah van bagi kemudahan pergerakan para pelajar ke solat Jumaat. Selain itu, para pelajar dapat menjalankan aktiviti keagamaan lain di luar seperti solat jenazah, majlis bacaan yasin dan tahlil masyarakat setempat dan majlis ilmu di luar kawasan.
Pihak maahad berharap dengan adanya sebuah van ini dapat membantu memudahkan pergerakan para pelajar untuk menunaikan solat Jumaat dan juga lain-lain aktiviti keagamaan di luar. Sangat besar ganjaran pahala asbab membantu anak-anak tahfiz ini menunaikan rukun Islam yang kedua khususnya solat Jumaat. Hari Jumaat adalah hari yang teramat istimewa kerana islam meletakkan hari Jumaat sebagai ketua dan ganjarannya lebih berbanding dengan hari-hari yang lain.
Aus bin Aus berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, kemudian bersegera berangkat menuju masjid, dan berada di saf hadapan kemudian dia berdiam, maka setiap langkah yang dia ayunkan akan mendapat pahala puasa dan solat selama satu tahun, dan itu adalah hal yang mudah bagi Allah.” (HR. Ahmad dan Ashabus Sunan, Didakwa sahih oleh Ibnu Huzaimah)
Sumbangan kalian nanti akan dimanfaatkan untuk pembelian sebuah van bagi kegunaan pelajar dan juga untuk kos penyelenggaraan bulanan van tersebut bagi memastikan van sentiasa dalam keadaan baik serta selamat digunakan. Semoga Allah menggantikan dengan harta yang diinfakkan dengan sebaik-baik ganjaran di akhirat kelak. Jazakallahu Khairan Jaza
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jun 30, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 29, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 24, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM15.00
Jun 23, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM15.00
Jun 23, 2023