MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Feb 23, 2023

TABUNG PEMBINAAN RUANG ULANGKAJI PELAJAR TAHFIZ

RM1,130 / 11.30 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

47 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

BANTU HADIRKAN TEMPAT ULANGKAJI YANG SELESA BAGI PELAJAR TAHFIZ ASNAF DAN ANAK YATIM INI BERJIHAD MENUNTUT ILMU AGAMA.


Islam menjadikan ilmu pengetahuan penggerak utama mencapai maksud merubah kehidupan ke arah lebih baik. Ilmu diangkat ke tahap paling tinggi kerana tanpa ilmu pengetahuan, segala kegiatan akan menemui kegagalan dan tidak sampai kepada matlamat sebenar, iaitu mencari keredhaan Allah. Menurut Islam, ilmu pengetahuan adalah ukur tara yang jelas bagi membezakan antara seseorang dengan yang lain.



Ini dijelaskan melalui firman Allah bermaksud: “Katakanlah, adakah sama orang yang mengetahui dengan yang tidak mengetahui.” (Surah Az-Zumar, ayat 9)



Dengan ilmu manusia dapat menjalankan ibadah dengan sempurna, samada ibadah umum atau ibadah khusus dan dapat melaksanakan peranan sebagai khalifah Allah di muka bumi dengan sebaiknya. Tanpa ilmu pengetahuan, seseorang itu tidak akan dapat melakukan ibadat kepada Allah SWT dengan sempurna. Malah, amalan boleh tertolak tanpa ilmu yang betul khususnya berkaitan ibadah.



Oleh itu, pihak maahad tahfiz membuka tabung infaq keperluan untuk menyiapkan projek pembinaan bilik ulangkaji untuk kemudahan pelajar maahad menambah ilmu pengetahuan yang lebih mendalam dalam bidang ilmu agama dan tahfiz. Ianya supaya mereka menjadi tahfiz yang berwibawa dengan ilmu pengetahuan yang mencukupi untuk menyebarkan ilmu Al-Quran dalam masyarakat selepas tamat pengajian supaya nasib mereka terbela dengan sumbangan antum semua kerana di maahad kami disini terdiri daripada pelbagai golongan anak-anak asnaf miskin dan anak yatim yang kurang kemampuan.



Akhir kata, pihak maahad mengajak muslimin dan muslimat berinfaq RM10 bagi membantu golongan Huffaz ini menambah ilmu dengan bilik ulangkaji yang selesa yang menempatkan bahan-bahan dan buku-buku rujukan yang mencukupi Insyaallah. Semoga Allah memudahkan jalan para peyumbang ke syurga kelak dengan asbab bantu memudahkan anak-anak soleh menuntut ilmu di tempat yang selesa. InsyaAllah. Jazakallahu khairan Jaza.


"Siapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan mudahkan baginya jalan menuju syurga." (HR Muslim)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM20.00

Feb 24, 2023

HISYAMUDDIN BIN MOHMAD SHAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 24, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 24, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Feb 24, 2023

NUR AYUNIE BT MOHD ANUAR

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 24, 2023

Kempen Sumbangan Tamat