ILTIZAM RELIEF SOCIETY

Dimulakan pada Aug 18, 2022

RAYUAN INFAQ PULIHKAN PEMBINAAN TAHFIZ DI KASHMIR

RM880 / 4.40 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM20,000

48 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

BANTU KAMI MEMULIHKAN PROJEK PEMBINAAN SEKOLAH AGAMA DAN TAHFIZ (INTEGRASI) UNTUK ANAK-ANAK YATIM DAN ANAK-ANAK MISKIN DI KASHMIR.


Jamia Moin As Sunnah, di Poonch, Kashmir, merupakan sebuah sekolah agama dan tahfiz yang memberikan pendidikan percuma termasuk mata pelajaran akademik untuk lebih 300 anak-anak yatim dan miskin. Pembinaan tingkat 3 bangunan sekolah ini adalah untuk mengurangkan kesesakan, namun tergendala kerana kekurangan dana, Covid-19, inflasi dan kenaikan harga bahan binaan.



Sumbangan anda akan membantu:

1. Memulihkan projek pembinaan sekolah ini

2. Memberi harapan baru untuk lebih ramai anak-anak mendapatkan pendidikan formal

3. Memberi pendidikan percuma kepada lebih ramai anak-anak yatim dan miskin

4. Menghasilkan lebih ramai hafiz Al-Quran dan pelapis agama untuk generasi akan datang



Rakyat Kashmir mirip perjuangan di Palestin, cara penindasan dan pembersihan etnik secara sistematik ke atas mereka juga mirip zionis ke atas Palestin. Negeri Kashmir dahulunya ada kerajaan negeri dengan ketua menteri adalah sentiasa pemimpin Islam. Namun hari ini, kerajaan negeri telah dibubarkan, kuasa autonomi negeri telah dimansuhkan,Kashmir diperintah terus oleh kerajaan pusat India yang mana demografi di Kashmir sedang diubah secara sistematik.



Kini, sebahagian dari wilayah Kashmir iaitu Jammu telah pun dipisahkan menjadi Jammu dan Kashmir, kerana penduduk bukan Islam di Jammu sudah hampir melebihi umat Islam. Kami memerlukan sumbangan anda untuk memulihkan projek pembinaan sekolah agama dan tahfiz untuk anak-anak yatim dan miskin yang mana pembinaan tergendala akibat faktor luar kawalan.



Pendidikan amat penting untuk masa depan anak-anak. Tetapi hak ini juga dinafikan oleh pemerintah India. Tidak mungkin mereka boleh menimba ilmu agama mereka sendiri di sekolah kerajaan, sedangkan sekolah kerajaan pun tiada di tempat mereka. Maka terpaksa membina sendiri sekolah-sekolah untuk anak-anak. Umat Islam adalah bersaudara tanpa sempadan keduniaan.






Oleh itu, marilah kita membantu bangunkan semula sekolah ini. ILTIZAM RELIEF telah membangunkan dari mula lagi, namun disebabkan faktor disebut di atas projek ini tergendala selama hampir 4 bulan. Hanya ini satu caranya kita boleh membantu jangka panjang umat Islam di Kashmir. Ayuh tuan / puan, jom infaqkan hari ini seikhlas hati.




Daripada An-Nu'man Bin Bisyir dia berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Perumpamaan orang-orang yang beriman dalam hal saling mencintai, mengasihi, dan menyayangi di antara mereka adalah ibarat satu tubuh. Apabila ada salah satu anggota tubuh yang sakit, maka seluruh tubuhnya akan ikut terjaga (tidak boleh tidur) dan panas (turut merasakan sakitnya)." (Sahih Muslim No 4685)


Jom #BuatBaik!


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 23, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 23, 2022

SITI KHAMISAH MD HASSAN

Menyumbang sebanyak RM25.00

Aug 23, 2022

NOORHASYIMAH BINTI AHMAD

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 23, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 23, 2022

Kempen Sumbangan Tamat