Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Nov 02, 2022
RM2,775 / 55.50 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000
167 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Air adalah salah satu keperluan asas bagi setiap makhluk hidup, tidak terkecuali manusia. Sudah pasti manusia tidak akan dapat hidup tanpa air kerana air merupakan salah satu elemen asas yang menyokong proses metabolisma badan manusia. Kebergantungan manusia kepada air bersih tidak hanya berhenti pada keperluan tubuh semata-mata.
Air memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian kita. Bermula dengan penyediaan makanan hingga untuk penanaman dan juga aktiviti seharian kita. Oleh itu, tangki air amat penting untuk memastikan bekalan air bersih sentiasa cukup. Ketiadaan tangki air ini menjadi masalah kepada para pelajar dan guru-guru untuk melakukan aktiviti mereka.
Jadi, saya mewakili Ajk Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah Ayer Hitam Kedah ingin memohon sumbangan dana untuk membeli beberapa buah tangki air untuk maahad kami disini. Maahad disini selalu terjejas dengan masalah bekalan air dan gangguan bekalan air tekanan rendah setempat yang tidak mencukupi. Justeru itu, pihak maahad berharap pihak muslimin muslimat sama-sama membantu pihak maahad menyediakan beberapa tangki simpanan air dan pam air untuk kegunaan anak-anak tahfiz disini untuk bersuci memgambil wudhuk, qhada hajat dan sebagainya.
Akhir kata pihak maahad menyeru sekalian muslimin muslimat saling bantu-membantu atas jalan ketaqwaan kepada Allah SWT. Semoga setiap titisan air menjadi pahala bagi para penyumbang selama mana ia digunakan. Dengan keyakinan bahawa kebersihan adalah sebahagian daripada iman, kami berhasrat untuk perbaiki semua kemudahan ini. Semoga dengan adanya tangki air ini dapat memudahkan para pelajar menguruskan kehidupan setiap hari.
Yang bermaksud: “Dan (ingatlah) apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya di sisi Allah sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya.”
(Surah Al-Muzzammil: 20)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 26, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 26, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 26, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 26, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 25, 2022