MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Nov 10, 2022

INFAQ TILAM UNTUK MAAHAD TAHFIZ ASNAF DAN ANAK YATIM

RM2,140 / 21.40 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

111 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

INFAQ TILAM UNTUK MAAHAD TAHFIZ ASNAF DAN ANAK YATIM. MARI ALIRKAN PAHALA YANG BERTERUSAN DAN SAHAM AKHIRAT YANG TIDAK TERPUTUS DENGAN BERINFAQ UNTUK MEMBERI KESELESAAN KEPADA ANAK-ANAK SYURGA INI.


Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barangsiapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya”.

(HR Muslim).



Tidur merupakan ibadah dan sebagai orang islam kita dituntut untuk memberi hak kepada tubuh badan yang Allah SWT anugerahkan ini agar dapat menjaga kesihatan dan kekuatan jasmani. Sebelum ini, para pelajar hanya tidur beralaskan hamparan toto dan mereka mengalami sakit belakang serta jangkitan penyakit kulit. Sehubungan itu, pihak maahad memerlukan dana daripada muslimin dan muslimat untuk menyediakan kemudahan dan tempat tidur yang selesa bagi para pelajar.



Sempurnakan kesyukuran dengan memperbanyak sedekah dan menggandakan amalan dengan berinfaq kepada golongan yang selalu berdamping dengan Al-Quran. Marilah bersedekah untuk menyediakan tilam yang selesa buat anak-anak syurga ini. Pihak maahad memerlukan dana untuk membeli tilam jenis PVC sebanyak 40 unit. Tilam PVC ini mempunyai ciri-ciri kalis air dan anti-hama. Harga seunit tilam ialah RM250 dan jumlah keseluruhan dana untuk membeli tilam PVC ialah RM10,000 bagi 40 unit.



Justeru, sebagai umat Islam kita dianjurkan untuk saling tolong menolong dan memudahkan urusan orang lain. Dengan demikian, Allah akan melepaskan dirinya dari satu kesusahan pada hari kiamat kelak serta akan memudahkannya di dunia dan akhirat. Mari alirkan pahala yang berterusan dan saham simpanan akhirat yang tidak terputus dengan berinfaq ke jalan Allah untuk memberi keselesaan kepada anak-anak syurga ini. InsyaAllah.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 16, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM500.00

Nov 15, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 15, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 15, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 15, 2022

Kempen Sumbangan Tamat