Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM3,695 / 46.19 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM8,000
189 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum WBT. Sesungguhnya fadhilat memelihara dan berbuat baik terhadap anak yatim terlalu besar ganjarannya sepertimana sabda Rasulullah SAW: “Orang-orang yang memelihara anak yatim di antara umat Muslimin, memberikan mereka makan dan minum, pasti Allah memasukkannya ke dalam syurga, kecuali ia melakukan dosa yang tidak boleh diampuni.” (Riwayat al-Tirmidzi dari Ibnu Abbas).
Lantaran itu, lawatan kami ke beberapa pusat jagaan anak-anak yatim tahfiz persendirian di negeri Johor dan Negeri Sembilan mendapat maklum dari pihak pengurusan bahawa sejak akhir-akhir ini mereka kekurangan dana/kewangan untuk pengurusan anak-anak yatim yang bernaung di bawah mereka. Pusat-pusat tahfiz anak yatim ini hanya bergantung atas ihsan orang ramai untuk terus beroperasi.
Lawatan kami ke pusat-pusat jagaan anak-anak yatim ini sangat tersentuh apabila melihat anak-anak yatim khususnya mereka ini datangnya dari keluarga miskin yang kehilangan ibu ayah begitu tekun menghafal ayat suci Al-Quran sepanjang hari. Kesungguhan mereka menghafal dan menjaga hafazan Quran perlu diambil peluang oleh kita dengan menghulurkan sumbangan yang perlu untuk mereka agar keperluan mereka sentiasa terjaga dan mencukupi.
Sebagai rasa simpati, maka pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) merasakan bahawa perlunya untuk kita bersama membantu anak-anak yatim tahfiz ini agar usaha mereka menjaga Kalam Allah berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Oleh itu, pihak yayasan akan menyalurkan bantuan berbentuk makanan asas kering seperti beras, tepung gandum, minyak masak, bihun, termasuk buah kurma dan sebagainya serta sedikit bantuan kewangan. Bantuan ini akan menyasarkan anak-anak yatim tahfiz yang berjumlah 150 – 200 orang yang berada di beberapa buah pusat tahfiz persendirian di beberapa kawasan di negeri Johor dan Negeri Sembilan.
Justeru itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program bantuan ini demi melihat anak-anak yatim tahfiz yang dibantu terus istiqamah memelihara ayat-ayat suci Al-Quran. Semoga usaha kecil kita ini mendapat ganjaran dan keampunan dari Allah SWT.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah : 261)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 19, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 19, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 19, 2022
HAMBA ALLAH
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jul 19, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM60.00
Jul 19, 2022