YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Oct 27, 2022

ANAK-ANAK YATIM PERLUKAN BANTUAN MAKANAN ASAS

RM2,825 / 47.08 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM6,000

120 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia mengajak orang ramai untuk bersama menjayakan program infaq keperluan makanan asas untuk anak-anak yatim yang susah. Jom kita bantu mereka!


Assalamualaikum wbt. Dalam situasi ketika ini yang mana ramai terkesan dengan kenaikan harga barang, begitu jugalah keadaan yang menimpa rumah-rumah jagaan anak-anak yatim persendirian yang beroperasi melalui ihsan dan bantuan orang ramai. Jumlah anak-anak yatim yang menumpang kasih di rumah-rumah jagaan ini dikhabarkan terus meningkat sejak dari tahun lepas. Sesungguhnya anak-anak yatim ini perlu meneruskan kehidupan.



Menyedari akan peri pentingnya membantu anak-anak yatim ini, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) melalui program Infaq Jumaat pada minggu ini akan menyalurkan bantuan berupa barangan makanan asas kering seperti beras, minyak masak, tepung, gula, bihun, biskut dan sebagainya serta sedikit bantuan kewangan khusus untuk anak-anak yatim yang tinggal di beberapa pusat penjagaan persendirian di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Jumlah mereka yang akan dibantu adalah sekitar 150 orang yang berada di tiga buah rumah jagaan anak yatim persendirian.



Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program Infaq Jumaat ini sebagai usaha kita untuk membantu anak-anak yatim agar mereka dapat meneruskan kehidupan dengan sempurna. Semoga sumbangan Tuan/Puan diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda:


“Orang-orang yang memelihara anak yatim di antara umat Muslimin, memberikan mereka makan dan minum, pasti Allah memasukkannya ke dalam syurga, kecuali ia melakukan dosa yang tidak boleh diampuni.” (Riwayat al- Tirmidzi dari Ibnu Abbas)



Rasulullah SAW juga ada bersabda yang maksudnya: ”Aku dan orang-orang yang memelihara anak yatim di syurga seperti ini. Beliau menunjukkan telunjuk jari tengah serta beliau merenggangkan antara keduanya”. (HR. Muslim)



Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah : 261)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Tiada sumbangan
Kempen Sumbangan Tamat