Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM364 / 1.46 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM25,000
23 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Sesungguhnya masih ramai masyarakat Orang Asli yang hidup susah dan amat memerlukan bantuan dan keprihatinan kita. Walaupun mereka ada menerima bantuan dari pihak berwajib, namun jumlahnya adalah minima. Mereka adalah seperti kita yang memerlukan kehidupan. Mereka memerlukan wang ringgit untuk membeli makanan dan keperluan harian lain termasuk perbelanjaan sekolah anak-anak.
Program ziarah kami ke sebuah perkampungan Orang Asli di negeri Perak baru-baru ini telah memberi gambaran bahawa mereka amat perlu dibantu. Mereka ini adalah golongan asnaf dan banyak bergantung samada menerima sedikit bantuan dari pihak zakat mahupun Jabatan Orang Asli. Masyarakat orang asli hari ini tidak seperti zaman dahulu yang hidup dengan hasil hutan semata-mata. Ramai di antara mereka yang berkerja di pekan berhampiran untuk menampung perbelanjaan harian.
Tersentuh hati dan atas rasa simpati terhadap golongan masyarakat orang asli asnaf ini, Yayasan Amal Maaruf Malaysia akan menyalurkan bantuan keperluan seperti makanan asas kering contohnya beras, minyak masak, tepung gandum, telur, bihun, makanan dalam tin dan sedikit bantuan kewangan. Bantuan ini akan disasarkan untuk penduduk di beberapa buah kampung orang asli di sekitar negeri Perak dan Selangor iaitu sekitar 30 buah keluarga.
Oleh itu, kami berbesar hati untuk mengajak orang ramai di luar sana untuk bersama-sama menjayakan usaha murni ini demi membantu golongan masyarakat orang asli asnaf agar mereka dapat meneruskan kehidupan dengan baik. Semoga sumbangan anda diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah SWT.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah: 261)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Oct 26, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 20, 2023
IMRAN MUSTAPHA
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 19, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM30.00
Oct 18, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Oct 17, 2023