YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Jan 06, 2023

PROGRAM SUMBANGAN MAKANAN PERCUMA

RM220 / 6.29 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,500

12 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia menganjurkan program bersedekah makanan iaitu nasi bungkus untuk orang ramai sebagai tanda kasih sayang kepada umat manusia. Jom kita gembirakan mereka!


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Amalan memberi makan kepada sesama manusia adalah amalan yang mulia. Untuk menjadikan amalan yang mulia ini berpahala, kita hendaklah rajin memberi makan kepada orang lain kerana konsep ini adalah satu daripada sunnah Rasulullah SAW yang amat disukai baginda. Selain mendapat pahala atas perbuatan bersedekah, memberi makan juga akan merapatkan hubungan sesama insan.  



Daripada Abdullah bin Amr bin al-As RA berkata: "Seorang lelaki bertanya Rasulullah SAW, Islam manakah yang paling baik? Nabi SAW bersabda: "Kamu memberi makan, mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal dan yang tidak kamu kenal." (HR. Bukhari dan Muslim)



Terpanggil dengan mafhum hadis di atas, maka Yayayan Amal Maaruf Malaysia melalui kempen edar makanan percuma akan memberi makanan berbentuk nasi bungkus berlauk dan air minum kepada orang ramai. Sasaran pemberian percuma ini akan diagihkan kepada orang ramai dalam anggaran 300 orang yang berada di kawasan-kawasan awam di Lembah Klang seperti di perhentian bas, stesen minyak, dewan awam dan kawasan-kawasan tempat orang ramai berkumpul.



Justeru itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan kempen edar makanan percuma ini demi manfaat orang ramai. Semoga usaha kecil kita ini akan mendapat ganjaran yang besar dari Allah SWT di samping ia diharapkan sebagai satu bentuk terapi jiwa dan minda kita kerana apabila kita banyak menyumbangkan makanan kepada orang lain, ia akan menimbulkan ketenangan dalam diri.



Nabi SAW bersabda yang maksudnya: "Sesungguhnya di syurga terdapat sejumlah bilik yang bahagian luarnya terlihat dari bahagian dalamnya dan bahagian dalamnya terlihat dari bahagian luarnya. Lalu seorang Arab Badwi berdiri lalu bertanya, "Ya Rasulullah untuk siapa bilik itu?" Nabi SAW menjawab, "Untuk orang yang memberi makan" (HR. at-Tirmizi)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 11, 2023

MEOR ROSAZMAN BIN MD IDRIS

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jan 10, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 10, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jan 10, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 10, 2023

Kempen Sumbangan Tamat