Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM1,000 / 0.50 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM200,000
45 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum wbt. Sakit buah pinggang adalah penyakit yang berat dan amat memberatkan individu yang mengidapnya. Ramai di kalangan pesakit-pesakit buah pinggang terdiri dari golongan asnaf dan B40. Terdapat juga di kalangan pesakit adalah anak-anak muda yang tiada pendapatan yang terpaksa dijaga oleh orang tua mereka yang juga golongan asnaf atau ibu tunggal.
Sesungguhnya sakit tidak mengenal usia dan latarbelakang. Pesakit asnaf ini bukan sahaja berdepan dengan penyakit yang dihadapi, malah mereka menghadapi masalah kewangan yang menjadi faktor utama dalam kehidupan seharian. Apabila sudah sakit dan ada pula masalah kewangan, maka inilah yang menyebabkan pesakit-pesakit buah pinggang sering menghadapi tekanan perasaan dan kemurungan yang menjadi beban kepada diri dan ahli keluarga mereka.
Menyedari akan kepayahan dan kesulitan mereka ini, maka pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) terpanggil untuk membantu pesakit-pesakit dialisis dari golongan asnaf anggaran seramai 20 orang yang berada di sekitar Lembah Klang yang memerlukan kos rawatan khususnya keperluan pembiayaan untuk:
1. Fistula (tapak)
2. CAPD (rawatan air)
3. Pemindahan buah pinggang
4. Pembedahan kecil
5. Kos pengangkutan ulang-alik ke hospital / Pusat Dialisis
6. Ubat-ubatan
7. Keperluan asas lain yang difikirkan perlu.
Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama berkongsi rezeki membantu meringankan beban mereka ini yang sangat-sangat memerlukan bantuan dari kita semua. Semoga dengan bantuan yang dihulurkan menjadi asbab Allah SWT akan merahmati dan mengampuni kita semua.
Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat” (Hadis Riwayat Muslim).
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya orang lelaki yang bersedekah dan orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik lagi ikhlas, akan digandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya, dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia”. (Surah Al-Hadid : 18)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Pesakit telah tiba seawal 6.30 pagi untuk rawatan dialisis.. Kegigihan mereka untuk meneruskan kehidupan perlu dibantu. Ayuh! Teruskan menyumbang untuk mereka. Semoga sumbangan Tuan Puan diberi ganjaran yang besar oleh Allah SWT.
Ini adalah sebahagian barangan keperluan pesakit dialisis yang diperlukan:
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Sep 02, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 02, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 02, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Sep 02, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 02, 2022