YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Mar 23, 2022

RAIKAN SAHUR BERSAMA ANAK YATIM

RM890 / 17.80 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

27 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia akan meraikan anak-anak yatim di bulan Ramadhan dengan menyediakan juadah sahur sebagai tanda ingatan bahawa mereka disayangi oleh masyarakat. Jom rebut pahala Ramadhan!


Assalamualaikum Wbt, Lebih kurang seminggu lagi umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan. Pada hari pertama Ramadhan, sudah tentu amalan yang menjadi keutamaan sebelum kita mula berpuasa adalah bersahur. Rasulullah SAW bersabda: “Bersahurlah kamu semua, sesungguhnya pada sahur itu terdapat keberkatan.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). 


Mungkin anak-anak kita di rumah seronok dan gembira dapat menikmati juadah sahur bersama keluarga, namun, kita jangan lupa bahawa di luar sana terdapat ramai golongan insan yang dimualiakan Allah SWT yang mungkin sedang bersedih dan berduka akibat kehilangan insan yang tersayang iaitu golongan anak-anak yatim yang terpaksa bersahur hanya dengan kawan-kawan di pusat-pusat jagaan anak-anak yatim.



Dengan rasa simpati dan ihsan terhadap anak-anak yatim ini, maka pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) terpanggil untuk meraikan anak-anak yatim di bulan Ramadhan dengan menyediakan juadah sahur untuk mereka sebagai usaha kita untuk menunjukkan bahawa mereka disayangi dan diingati oleh masyarakat.



Melalui program sahur ini, pihak yayasan akan menyediakan juadah / makanan berupa makanan nasi berlauk, kuih-muih, buah-buahan dan minuman khusus untuk anak-anak yatim yang berada di pusat-pusat jagaan persendirian di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur yang melibatkan sekitar 150 – 200 orang anak yatim sepanjang bulan Ramadhan.



Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mengajak orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program sahur ini semoga kesedihan dan kedukaan anak-anak yatim sekurang-kurangya dapat diubati. Semoga sumbangan Tuan Puan diberi pahala dan ganjaran yang besar serta mendapat Redha Allah SWT.


Rasulullah SAW bersabda: “Orang-orang yang memelihara anak yatim di antara umat muslimin, memberikan mereka makan dan minum, pasti Allah memasukkannya ke dalam syurga, kecuali ia melakukan dosa yang tidak boleh diampuni.” (Riwayat al- Tirmidzi dari Ibnu Abbas).


“Sesungguhnya orang terbaik di antara kalian adalah orang yang memberi makan.” (HR. Thabrani).

Seorang lelaki bertanya kepada Nabi SAW, “Perbuatan apa yang terbaik di dalam Islam?” Nabi SAW menjawab, “Kamu memberi makan kepada orang lain.” (HR. Bukhari dan Muslim).


Terima Kasih. Wassalam.


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

MUSTAFFA KHANNAN BIN SARBANI

Menyumbang sebanyak RM40.00

Apr 02, 2022

HANANI AHMAD

Menyumbang sebanyak RM25.00

Apr 02, 2022

NAJIHAH ZAINAL

Menyumbang sebanyak RM50.00

Apr 02, 2022

MUHAMMAD TAUFIK B KHAZALI

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 02, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM420.00

Apr 01, 2022

Kempen Sumbangan Tamat