Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
Pada 29/6/2023 Iltizam Relief telah mengorbankan 6 ekor lembu di Kg Inarutung, Pitas, Sabah. Ini adalah kali pertama kampung ini dapat lembu korban setelah sekian lam mereka tidak pernah melaksanakan korban.
Terima kasih kepada anda yang menyumbang. Sekecil mana pun sumbangan anda yang menilai adalah Allah. Yang penting, kita terus bantu syiar Islam ini terus berkembang di bumi Sabah.
Sabah pun adalah Malaysia. Kalau bukan kita bantu, siapa lagi?
Biar betul. Anda tidak akan dapat lembu saiz dan harga ini di Malaysia. Harga? Baca lanjut.
Yang pertama, Iltizam Relief setakat ini kami telah dapat 2 ekor lembu untuk penoreh getah di Padang Terap, Kedah. Kami masih buka peluang untuk anda menyertai korban kami di Kedah, RM 840 satu bahagian.
Kedua, lokasi korban kami di Sabah akan bertukar ke Pitas untuk menjimatkan kos logistik kerana kami dapat stok lembu terbaik (seperti dalam gambar) di sini. Kami sudah dapat 4 ekor lembu telah ditempah untuk korban. Kami masih buka penyertaan, satu bahagian RM 690 sahaja. Murah gila dan saiz lembu besar.
RM 690 pun tak mampu? Jangan risau, anda boleh sedekah korban RM 10 minimum, kami kumpul duit ini, beli lembu dan sedekah dagingnya kepada orang miskin. Tapi ini bukan lembu korban, cuma hasrat bagi daging segar kepada orang miskin masih tercapai.
Jadi, ayuh sebelum tarikh tutup.
Beginilah keadaan rumah-rumah mereka yang telah ranap dalam kebakara di Sandakan. Hingga kini mereka masih tinggal di rumah pondok dibangunkan sendiri.
Mereka adalah antara penerima daging korban dari Iltizam Relief tahun ini.
Ayuh
Saksikan video Qurban tahun 2022 di Pulau Banggi, Sabah. Selalu mereka hanya dapat 1 atau 2 ekor lembu, hasil sumbangan anda semua tahun lalu, mereka dapat 7 ekor lembu dan lebih 1,200 orang dapat manfaatnya.
Tahun 2023, kami akan laksanakan di Pulau Nunuyan Laut (Sandakan) dan beberapa kampung miskin di pesisir pantai, Sandakan.
Ayuh tuan / puan, jangan tunggu saat terakhir. RM690 sebahagian lembu mana nak dapat di Malaysia?