Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
TELAGA AIR KE 26 DAN 27
Segala puji-pujian hanya layak untuk Allah SWT. Dua buah telaga ini adalah hasil sumbangan anda telah siap di Kampung Uttar Dinajpur (West Bengal).
Insya Allah, telaga air ini bermanfaat untuk keluarga-keluarga yang amat miskin di kampung ini.
Semoga bersempena dengan bulan Ramadhan ini, Allah SWT mencucuri rahmat dan mengandakan pahala wakaf anda untuk anda yang telah menyumbang.
Projek ini akan diteruskan di West Bengal kerana penduduk Islam di sini amat dhaif dan terpinggir. 98% dari keperluan air bersih adalah dari air telaga, oleh itu banyak laga dana diperlukan untuk membina banyak lagi telaga.
Jika ada rezeki lebih, jom berwakaf.
TELAGA AIR KE 17 SIAP
Segala puji-pujian hanya layak untuk Allah SWT.
Telaga Air Yang Ke 17 di Kampung Uttar Dinajpur (West Bengal) dengan dana yang diperolehi melalui Sumbangan.com ini telah siap.
Insya Allah, telaga air ini bermanfaat untuk keluarga-keluarga yang amat miskin di kampung ini.
Terima kasih tidak terhingga kepada semua penyumbang!
Banyak lagi telaga air akan dibina di West Bengal, kerana 98% dari mereka bergantung kepada air bawah tanah untuk bekalan air bersih.
Insya Allah, ini adalah peluang diberikan oleh Allah untuk menambah saham akhirat kita sambil membantu saudara kita di sana tanpa mengenal sempadan!
Alhamdulillah, telaga tiub dengan pam tangan yang ke 15 telah siap dipasang di West Bengal. Kami doakan Allah terima usaha kecil kita ini dan semoga semua penderma Sumbangan.com ini diberikan ganjaran pahala jariah untuk setiap titik air dari telaga ini.
Insya Allah, lagi 5 telaga sedang dibina. Doakan.
Kami baru ditanya, terdapat lagi 10 telaga diperlukan oleh orang Islam yang miskin di Bengal Barat.
Ayuh tuan / puan, kita wakaf telaga air untuk mereka hari ini.
Jika dana cukup untuk 10 telaga, kami akan laksanakan dalam masa seminggu. Insya Allah.
Anak ini tidak lagi perlu berjalan jauh dari rumah untuk mengambil air sebab telaga air sudah ada di sebelah rumah.
Ini semua adalah hasil usaha kita bersama membantu umat Islam miskin lagi yang disisihkan oleh kerajaan.
Kampung Churakutti di Bengal Barat ini memerlukan lagi 20 telaga tiub sepert ini dengan pam tangan bagi memudahkan penduduk kampung mengambil air.
Ayuh kita cari saham akhirat kita melalui pembinaan telaga tiub di Bengal Barat.
Jom wakaf telaga air di Bengal Barat, India. Kampung majoriti Islam di mana 98% dari mereka bergantung dengan air dari telaga untuk minum, mandi dan membasuh.
Insya, setiap titik air dari telaga yang anda wakafkan semoga dibergi ganjaran Sedekah Jariah.
13/9/2022, satu lagi telaga air telap siap.
Terima kasih kepada semua yang telah berwakaf / infaq untuk project telaga air di Bengal Barat.
Kami masih perlukan banyak lagi telaga untuk penduduk Islam minoriti di sini.
Ayuh kita semua, boleh diniatkan sedekah jariah untuk mereka yang sudah tiada.
11/9/2022, satu lagi telaga air sedang digali.
Terima kasih kepada semua yang telah berwakaf / infaq untuk project telaga air di Bengal Barat.
Kami masih perlukan banyak lagi telaga untuk penduduk Islam minoriti di sini.
Ayuh kita semua, boleh diniatkan sedekah jariah untuk mereka yang sudah tiada.
Insya Allah, pembinaan beberapa lagi telaga sedang diusahakan. Terima kasih sumbangan wakaf / infaq anda.
Mereka minta 20 telaga air lagi, bermakna peluang sedekah jariah melalui wakaf telaga air terbuka luas untuk kita semua.
Teruskan sokongan anda untuk umat Islam miskin di Bengal Barat.
Alhamdulillah!
Alhamdulillah!
Alhamdulillah!
Rasa bersyukur tidak terhingga.
Telaga Air di Bengal Barat (West Bengal) tela siap sepenuhnya dan sudah mula digunakan.
Kami doakan semua anda yang telah memberi sumbangan akan mendapat ganjaran pahala Sedekah Jariah.
Antara cabaran membuat telaga air di sini ialah pertukaran wang asing, ringgit akan melemah boleh menyebabkan harga asal Telaga Air menjadi lebih mahal sedikit.
Dan kelebihan di sini ialah rakan kerjasama kami di sini sangat amanah dan jujur, dalam tempoh seminggu sahaja mereka siapkan 8 buah telaga air kami.
Tuan-tuan / puan-puan yang dikasihi Allah,
98% dari penduduk Islam di daerah Uttar Dinajpur ini bergantung penuh kepada air telaga untuk bekalan air bersih. Kebanyakkan telaga terletak sangat jauh dari rumah dan tidak cukup.
Oleh itu, kami sasarkan membina telaga minima 1 telaga untuk kegunaan 10 keluarga.
Disebabkan kedudukan matawang ringgit yang tidak menentu, maka kami anggarkan 1 telaga tiub dengan pam tangan berharga RM1,000 sahaja. Masih jauh lebih murah dari membuat telaga di negara lain.
Tuan-tuan / puan-puan, umat Islam bersaudara tanpa sempadan. Mereka ini umat Islam minoriti yang terus dipinggir dan mangsa diskriminasi agama walaupun 49% populasi ada umat Islam di daerah ini.
Selain kita membantu saudara seagama kita, dengan wakaf air antara jenis wakaf terbaik, kita juga boleh sedekahkan pahala wakaf ini untuk arwah yang tersayang.
Ayuh tuan / puan, bersedekah / berwakaflah hari ini.
Beginilah keadaan sebahagian rumah-rumah umat Islam di Bengal Barat. Amat dhaif. Kesian sungguh.