Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM7,675 / 42.64 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM18,000
378 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Kami amat bersyukur kerana Allah SWT memilih kita untuk membantu umat Islam di Bengal Barat (West Bengal) yang mana mereka merupakan penduduk termiskin di India, di mana 95% dari umat Islam di sini adalah ketinggalan dari arus pendidikan serta sosio-ekonomi.
Baik kaya atau miskin, satu-satunya keperluan asas yang tidak boleh dinafikan ialah air bersih. Telaga Air yang akan dibina oleh ILTIZAM RELIEF, dengan kerjasama rakan tempatan iaitu Ar Raihan Educational Trust ialah di daerah Uttar Dinajpur, Bengal Barat, India. Pihak kami menyasarkan untuk membina 30 telaga air untuk umat Islam di Bengal Barat.
Mengapa di Uttar Dinajpur?
Daerah ini telah dikenal pasti sebagai penduduk yang umat Islam ramai, di mana 49% penduduk adalah Islam, manakala 49% lagi orang Hindu, 2% lagi adalah lain-lain. Pada tahun 2016, satu laporan bertajuk ‘Living Reality of Muslims in West Bengal’ (Realiti Hidup Umat Islam di Bengal Barat), diterbitkan bersama oleh Amartya Sen (pemenang anugerah Nobel) dari Pratichi Institute and Association, menggemparkan dunia dengan hasil kajian mereka.
Nota: Ini keadaan sekolah anak-anak mengaji di Uttar Dinajpur.
Di Dewan Undangan Negeri Bengal Barat pula, 95% umat Islam telah disahkan sebagai kumpulan “OBC” (Lain-Lain Kumpulan Etnik Tercorot), satu penarafan kerajaan yang diberikan kepada komuniti yang sangat tercorot dari segi pendidikan dan / atau sosio-ekonomi.
Begitulah beberapa maklumat penduduk Islam di Bengal Barat. Ayuh tuan / puan, kita bantu saudara kita di sana yang menghadapi kemiskian yang melampau. Kita tidak mampu membasmi kemiskinan mereka, tetapi kita boleh wakaf air melalui telaga air. Umat Islam itu bersaudara tanpa sempadan.
Kami akur permintaan umat Islam di sana kerana kajian kami mendapati mereka amat-amat miskin dan dipinggir kerajaan India. Infaqlah hari ini, sekurang-kurangnya mereka boleh meminum air bersih dan mendoakan kita!
Harta orang yang suka bersedekah tidak akan berkurang.
ما نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِن مالٍ، وما زادَ اللَّهُ عَبْدًا بعَفْوٍ، إلَّا عِزًّا
Yang bermaksud: “Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya.” (Riwayat Muslim)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
TELAGA AIR KE 26 DAN 27
Segala puji-pujian hanya layak untuk Allah SWT. Dua buah telaga ini adalah hasil sumbangan anda telah siap di Kampung Uttar Dinajpur (West Bengal).
Insya Allah, telaga air ini bermanfaat untuk keluarga-keluarga yang amat miskin di kampung ini.
Semoga bersempena dengan bulan Ramadhan ini, Allah SWT mencucuri rahmat dan mengandakan pahala wakaf anda untuk anda yang telah menyumbang.
Projek ini akan diteruskan di West Bengal kerana penduduk Islam di sini amat dhaif dan terpinggir. 98% dari keperluan air bersih adalah dari air telaga, oleh itu banyak laga dana diperlukan untuk membina banyak lagi telaga.
Jika ada rezeki lebih, jom berwakaf.
TELAGA AIR KE 17 SIAP
Segala puji-pujian hanya layak untuk Allah SWT.
Telaga Air Yang Ke 17 di Kampung Uttar Dinajpur (West Bengal) dengan dana yang diperolehi melalui Sumbangan.com ini telah siap.
Insya Allah, telaga air ini bermanfaat untuk keluarga-keluarga yang amat miskin di kampung ini.
Terima kasih tidak terhingga kepada semua penyumbang!
Banyak lagi telaga air akan dibina di West Bengal, kerana 98% dari mereka bergantung kepada air bawah tanah untuk bekalan air bersih.
Insya Allah, ini adalah peluang diberikan oleh Allah untuk menambah saham akhirat kita sambil membantu saudara kita di sana tanpa mengenal sempadan!
Alhamdulillah, telaga tiub dengan pam tangan yang ke 15 telah siap dipasang di West Bengal. Kami doakan Allah terima usaha kecil kita ini dan semoga semua penderma Sumbangan.com ini diberikan ganjaran pahala jariah untuk setiap titik air dari telaga ini.
Insya Allah, lagi 5 telaga sedang dibina. Doakan.
Kami baru ditanya, terdapat lagi 10 telaga diperlukan oleh orang Islam yang miskin di Bengal Barat.
Ayuh tuan / puan, kita wakaf telaga air untuk mereka hari ini.
Jika dana cukup untuk 10 telaga, kami akan laksanakan dalam masa seminggu. Insya Allah.
Anak ini tidak lagi perlu berjalan jauh dari rumah untuk mengambil air sebab telaga air sudah ada di sebelah rumah.
Ini semua adalah hasil usaha kita bersama membantu umat Islam miskin lagi yang disisihkan oleh kerajaan.
Kampung Churakutti di Bengal Barat ini memerlukan lagi 20 telaga tiub sepert ini dengan pam tangan bagi memudahkan penduduk kampung mengambil air.
Ayuh kita cari saham akhirat kita melalui pembinaan telaga tiub di Bengal Barat.
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 20, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Feb 20, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 20, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Feb 19, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 19, 2023